" do it "

Petang itu ,Mar pulang dari kampus .memikirkan hutangnya sambil berjalan menunduk ke bumi .duit buku belum bayar ,duit baju kelas tak bayar ,duit sewa rumah 3 bulan tunggak .tak fikir lagi duit makan harian .apa yang belegar di otaknya hanya duit .


Suatu hari ,dia dan rakan lama ,Alia lepak di sebuah gerai makan .katanya ingin berkongsi pendapatan sedikit kebetulan Mar sedang perlukan duit.tiba sahaja disana Alia sudah tunggu ,mamak datang ambil order .selepas mamak itu pergi Alia mengeluarkan ipad 2 dari tas tangannya .Alia mula tutur kata manis .sistem MLM katanya .hampir setengah jam memancing Mar sudah terhanyut dengan kata kata rakannya .Dia terus setuju menceburi bidang itu menjadi hamba duit .


‘’Wang pendahuluan RM 1700 ,kalau boleh secepat mungkin kau masuk kan dalam akuan aku .lagi cepat kau masuk lagi cepat duit kau masuk .haa .duit PT pun dah masuk kan ? memang cantik lah tu .hihi’


Mar sudah lalai bila membayangkan hasil yang akan dia dapat .dia mengaggukkan sahaja kepalanya .


Sebulan sudah berlalu ,rakannya tidak menelefon nya .duit sudah masuk tetapi duit dia tidak masuk  masuk lagi .hari demi hari Mar tetap menunggu .Ada juga dia mendail nombor Alia tapi tidak dapat .Dia masih berangan memikirkan duit yang bakal dia hadapi .meskipun dia memang ditipu tetapi dia langsung tidak percaya dia sedang ditipu .setiap masa dia fikir kan pasal duit sahaja .


Sehingga lah disatu petang yang hening .dengan angin tiup sepoi sepoi dia duduk di beranda depan rumah nya ,datang seorang lelaki kacak .lelaki tersebut bernama Jai .Jai datang kepada dia memberikan sekeping not RM1 .dia bilang ,
‘’kau tenung duit itu lama lama sehingga dia lahirkan anak yang mirip dengannya ‘’

‘’Mana mungkin ,mustahil duit boleh beranak’’

Jawab Jai ,‘’duit tak kan datang bergolek dengan menggoyang kaki ,sebab itu kita kena bekerja keras dan usaha. bukan dengan melabur dan tunggu hasilnya .kbai ‘’

Lelaki itu terus lesap dari pandangan Mar .Duit itu tiba tiba berubah menjadi daun ,Mar tersedar dari mimpinya .


Kalau lah aku tidur atas katil ,bangun dan tiba sahaja ada banyak duit disebelah .aku pun mahu tidur di katil itu .

No comments:

Post a Comment