" do it "

Petang itu ,Mar pulang dari kampus .memikirkan hutangnya sambil berjalan menunduk ke bumi .duit buku belum bayar ,duit baju kelas tak bayar ,duit sewa rumah 3 bulan tunggak .tak fikir lagi duit makan harian .apa yang belegar di otaknya hanya duit .


Suatu hari ,dia dan rakan lama ,Alia lepak di sebuah gerai makan .katanya ingin berkongsi pendapatan sedikit kebetulan Mar sedang perlukan duit.tiba sahaja disana Alia sudah tunggu ,mamak datang ambil order .selepas mamak itu pergi Alia mengeluarkan ipad 2 dari tas tangannya .Alia mula tutur kata manis .sistem MLM katanya .hampir setengah jam memancing Mar sudah terhanyut dengan kata kata rakannya .Dia terus setuju menceburi bidang itu menjadi hamba duit .


‘’Wang pendahuluan RM 1700 ,kalau boleh secepat mungkin kau masuk kan dalam akuan aku .lagi cepat kau masuk lagi cepat duit kau masuk .haa .duit PT pun dah masuk kan ? memang cantik lah tu .hihi’


Mar sudah lalai bila membayangkan hasil yang akan dia dapat .dia mengaggukkan sahaja kepalanya .


Sebulan sudah berlalu ,rakannya tidak menelefon nya .duit sudah masuk tetapi duit dia tidak masuk  masuk lagi .hari demi hari Mar tetap menunggu .Ada juga dia mendail nombor Alia tapi tidak dapat .Dia masih berangan memikirkan duit yang bakal dia hadapi .meskipun dia memang ditipu tetapi dia langsung tidak percaya dia sedang ditipu .setiap masa dia fikir kan pasal duit sahaja .


Sehingga lah disatu petang yang hening .dengan angin tiup sepoi sepoi dia duduk di beranda depan rumah nya ,datang seorang lelaki kacak .lelaki tersebut bernama Jai .Jai datang kepada dia memberikan sekeping not RM1 .dia bilang ,
‘’kau tenung duit itu lama lama sehingga dia lahirkan anak yang mirip dengannya ‘’

‘’Mana mungkin ,mustahil duit boleh beranak’’

Jawab Jai ,‘’duit tak kan datang bergolek dengan menggoyang kaki ,sebab itu kita kena bekerja keras dan usaha. bukan dengan melabur dan tunggu hasilnya .kbai ‘’

Lelaki itu terus lesap dari pandangan Mar .Duit itu tiba tiba berubah menjadi daun ,Mar tersedar dari mimpinya .


Kalau lah aku tidur atas katil ,bangun dan tiba sahaja ada banyak duit disebelah .aku pun mahu tidur di katil itu .

awek guardian

2 ,3 kali dia pusing di kawasan itu .kepalanya dongak ke atas sambil berjalan .matanya mencari sesuatu .hampir 15 minit dia ulang perbuatan .terdapat kerusi kosong ditepinya .cepat cepat dia rebahkan punggung nya ,sambil mengeluh .geti penat juga dia .



‘’lagi 10 minit masuk waktu isyak ni ,mana surau .tak kan tempat shoping besar macam ini takde surau ?’’
“Kau Tanya aku buat apa ,bukan ni tempat bapak aku buat “
‘’Ok ,sekarang ni kita nak buat apa ,dah lambat .hati aku pun tak tenang je ni tak solat lagi ‘’ .
‘’Tau pun kau tak tenang ,yang kau pergi bantai tengok wayang yang habis hujung hujung maghrib tu buat apa ?’’
‘’Ok Dol cuba kau Tanya awek  guardian tu ,muka cantik ,bertudung pulak tu .fuhh kalau jadi isteri aku memang tak aku nak talak kan dia .’’






Mereka bangun ,dan sambung mencari .Mar yang sedang membaca zine di sebelah mereka hanya pasang telinga mendengar perbualan mereka .satu nama dol ,dan satu lagi bob .
Terlihat Dol kearah sebuah kedai guardian .ada seorang gadis comel .tudung oren ,kanta lekap hitam dan lesung pipit di pipi .cantik .




‘’kak ,tumpang Tanya dah lama kerja sini ?’’
‘’Ada lah 2 bulan ,kenapa ye ?’’
‘’Surau kat mana ye ?’’ Tanya dol lagi .
5 saat  ,perbualan terhenti .
‘’err .cuba Tanya pak gad ,akak lupa lah ‘’






Agak dia ABC sebulan kot lupa jalan ke surau .

Musibat iblis

Amir kata kelas petang itu batal .Sebagai ketua kelas ,aku percaya dia tidak berjenaka ketika itu .otak aku telah menerima data tersebut dan berancang untuk pulang menyambung tidur ku yang tidak cukup .puas aku menguap waktu puan ah lina tadi .dandan kelas berkaitan sejarah .memang tepat kalau dapat tidur masa dia mengajar .lentok habis .

Gua rasa gua memang keturunan melayu ,suka bual gampang cerita nak hebat janji nak lambat semua tu gua .Gua memang ada angan angan nak keluar kan Marzine tu tapi separuh jalan gua punya mood hilang .hangat hangat air kolam panas kena celup ais sejuk jugak .Tak tau bila gua boleh buat zine .kawan kawan sori gua bual gampang .sebagai tanda maaf gua sedekahkan senyuman (^_^) ok bye
DAHULU 


‘’Kau memang cantik tapi kalau kau pakai tudung lagi cantik Mar ‘’
‘’Sukahati aku lah aku punya rambut bukan kau ,kau sibuk pehal ‘’


SEKARANG 

‘’cantik kau pakai tudung Mar lilit lilit aku tengok ,kenapa rambut cantik kau dulu rosak ke ?’’
‘’Sekarang trend pakai tudung  macam ni aku mana boleh ketinggalan bro’’

#kepala hotak kau .

Aku Sebatang Rokok .



Nama aku john .aku diperbuat daripada tembakau ,nikotina ,tar jalan dan banyak lagi bahan yang aku sendiri pun tak pasti .panjang aku lebih kurang 3 inchi .aku berasal dari Amerika .aku ada ramai adik beradik ,dunhill ,wingston ,marlboro dan lain lagi ,memang ramai adik beradik aku  kalau cerita memang tak habis dua jam .kami sekeluarga bekerja dibawah satu syarikat pembunuh upahan yang berpusat di Amerika Syarikat .aku bekerja sebagai pembunuh upahan ,biasanya kastemer aku akan bayar upahan dua ringgit lima puluh sen untuk melakukan pembunuhan ini .taktik pembunuhan yang aku selalu guna kan ialah pembunuhan secara perlahan dan senyap .cara nya mudah .aku akan membiarkan mereka hisap badan aku sampai habis .secara langsung mereka akan mula jatuh cinta kepada aku .mereka mula ketagih cinta aku ,merayu kepada aku untuk menyerahkan tubuh ku pada mereka .biasanya mereka akan buat apa sahaja untuk dapat kan tubuhku .pada masa ini lah aku akan bunuh mereka perlahan lahan .senang kan ? cara ini memang sudah feymes tetapi kastemer aku tidak sedar dengan taktik aku ini .


Pernah juga aku dirogol beramai ramai oleh kastemer aku .dia hisap separuh lepas tu bagi rakan sebelah .itu ok lagi .ada satu hari dia mempelawa rakan dia yang tidak pernah berorganisma dengan ku untuk cuba bercinta dengan aku .hati macam ini memang  keji .tapi aku suka bila dia buat macam itu ,barulah ramai mangsa aku .hehe .

Ahh tak sempat aku nak cerita kat korang pasal aku ,kastemer aku dah rogol aku .kbai

Cinta ajaib si So'od .


“Ketika itu Lulu  teresak nangis sambil mengembek .Kakinya tersekat di celah longkang .So’od datang menyelamatkan Lulu .Ketika itu awan mengeluarkan cecair tetapi tidak deras .Tenang tenang sahaja .Kuyup baju nya bersama Lulu si comel “

Puuufff

Tiba tiba flesh bek itu hilang .So'od  tersadar dari lekanya .

Lulu berada di hadapan bola kantanya .Lulu dikelilingi orang kampung bersama ikatan tali dilehernya .Agak terseksa keadaannya tapi So'od hanya mampu melihat sahaja .Tidak lama lagi ajal Lulu akan dicabut oleh Pak Imam dengan bantuan orang ramai .So’od tak dapat menghalangnya .Sudah pelbagai helah dia cuba namun akhirnya terpaksa juga dia mengalah .


Dikesibukan humen berdiri disitu terlihat Mamut sedang menggali lubang .Selesai lubang disiapkan orang ramai mengerah tenaga cuba merebahkan  Lulu .Namun tidak berjaya .Lalu, Lulu sambil tersenyum sial dengan rela merebah kan dirinya sendiri berhampiran lubang tersebut .Seprais ,Lulu sempat juga menghantar ciuman terbang (flying kiss) kearah So’od .Humen disana tergamam melihat aksi ranjang Lulu tadi .

Pak imam sudah tiba sambil menjinjing sebilah pedang samurai .Pak imam pun memulakan sembelihan ,diselangi juga dengan takbir orang ramai.Torehan demi torehan dikenakan pada leher Lulu .Terlihat cecair jernih mengalir dari bola kanta si Lulu .Pada masa yang sama bendalir hanyir likat deras mengalir kedalam lubang tadi .Tragis .

Disuatu sudut So’od meratap kesedihan .Cecair jernih mengalir dari bebola kanta nya .Dia mengelap air itu kemudian beransur pergi dari pasukan pembunuh tadi .Mereka kini rakus mengerjakan bangakai si Lulu . .So’od tidak hirau kan lagi yang pergi biarkanlah pergi .

Keesokkannya .cerah ,dipandangnya ke langit biru sirus uncinus yang bertatahkan kapas kapas suci .Ada juga burung berkicauan riang berterbangan .So'od tersenyum riang .Hari ini dia ingin melawat  kubur Lulu dibelakang rumahnya .Dikawasan pembunuhan tragis Lulu semalam .

Tiba tiba .

So'od terkejut seprais .Terlihat ebuah pokok gergasi tumbuh .Terhias indah dengan beberapa buah berwarna kemerahan berbentuk hati .Cantik .Besar juga buah itu .So'od cuba memetiknya namun sukar .Tedengar suara sayup sayup keluar ketika So'od cuba memetik buah tersebut .Kurang jelas bunyinya .Buah itu tiba tiba gugur ke bumi .Lantas diambil nya .So'od .Buah itu tiba tiba menetas mengeluarkan seekor kambing.Terdengar suara kambing itu .




"Papa "



Ouh rupanya Lulu melahirkan anak hasil daripada lovey dan dovey nya bersama So'od selama ini .So'od lelaki lemah lembut kini telah menjadi papa kepada seekor kambing .Hebat .



*Selamat menyambut hari raya korban Lulu .
Jangan sedih ,tuan kau akan menunggang kau di hari akhirat nanti .insyaallah .