Cinta ajaib si So'od .


“Ketika itu Lulu  teresak nangis sambil mengembek .Kakinya tersekat di celah longkang .So’od datang menyelamatkan Lulu .Ketika itu awan mengeluarkan cecair tetapi tidak deras .Tenang tenang sahaja .Kuyup baju nya bersama Lulu si comel “

Puuufff

Tiba tiba flesh bek itu hilang .So'od  tersadar dari lekanya .

Lulu berada di hadapan bola kantanya .Lulu dikelilingi orang kampung bersama ikatan tali dilehernya .Agak terseksa keadaannya tapi So'od hanya mampu melihat sahaja .Tidak lama lagi ajal Lulu akan dicabut oleh Pak Imam dengan bantuan orang ramai .So’od tak dapat menghalangnya .Sudah pelbagai helah dia cuba namun akhirnya terpaksa juga dia mengalah .


Dikesibukan humen berdiri disitu terlihat Mamut sedang menggali lubang .Selesai lubang disiapkan orang ramai mengerah tenaga cuba merebahkan  Lulu .Namun tidak berjaya .Lalu, Lulu sambil tersenyum sial dengan rela merebah kan dirinya sendiri berhampiran lubang tersebut .Seprais ,Lulu sempat juga menghantar ciuman terbang (flying kiss) kearah So’od .Humen disana tergamam melihat aksi ranjang Lulu tadi .

Pak imam sudah tiba sambil menjinjing sebilah pedang samurai .Pak imam pun memulakan sembelihan ,diselangi juga dengan takbir orang ramai.Torehan demi torehan dikenakan pada leher Lulu .Terlihat cecair jernih mengalir dari bola kanta si Lulu .Pada masa yang sama bendalir hanyir likat deras mengalir kedalam lubang tadi .Tragis .

Disuatu sudut So’od meratap kesedihan .Cecair jernih mengalir dari bebola kanta nya .Dia mengelap air itu kemudian beransur pergi dari pasukan pembunuh tadi .Mereka kini rakus mengerjakan bangakai si Lulu . .So’od tidak hirau kan lagi yang pergi biarkanlah pergi .

Keesokkannya .cerah ,dipandangnya ke langit biru sirus uncinus yang bertatahkan kapas kapas suci .Ada juga burung berkicauan riang berterbangan .So'od tersenyum riang .Hari ini dia ingin melawat  kubur Lulu dibelakang rumahnya .Dikawasan pembunuhan tragis Lulu semalam .

Tiba tiba .

So'od terkejut seprais .Terlihat ebuah pokok gergasi tumbuh .Terhias indah dengan beberapa buah berwarna kemerahan berbentuk hati .Cantik .Besar juga buah itu .So'od cuba memetiknya namun sukar .Tedengar suara sayup sayup keluar ketika So'od cuba memetik buah tersebut .Kurang jelas bunyinya .Buah itu tiba tiba gugur ke bumi .Lantas diambil nya .So'od .Buah itu tiba tiba menetas mengeluarkan seekor kambing.Terdengar suara kambing itu .




"Papa "



Ouh rupanya Lulu melahirkan anak hasil daripada lovey dan dovey nya bersama So'od selama ini .So'od lelaki lemah lembut kini telah menjadi papa kepada seekor kambing .Hebat .



*Selamat menyambut hari raya korban Lulu .
Jangan sedih ,tuan kau akan menunggang kau di hari akhirat nanti .insyaallah .

No comments:

Post a Comment