Malam Indah di Kampung

Malam di kampung kuku kaki , nampak tenang .angin bertiup sepoi .diselit dengan irama cengkerik dan juga katak memanggil hujan .tahi bintang berlumba lumba ke bumi .bulan mengambang penuh .cantik memang cantik .satu lembaga sedang bersujud .alhamdulillah .rupanya Aman sibuk bertarung menahan sakit perut nya .potong stim .


Situasi Aman kini dalam kritikal :


Perutnya sakit .ingin sekali dia buang hajat .bukan sekali .banyak kali dia ingin .namun tandas di rumah atoknya sedang dibaik pulih .secara terus ,dia kena pergi ke tandas di luar dari rumah .tandas itu usang .jauh lagi tu dari rumah .biasalah rumah kampung keadaan pun pasti lah retro .malam malam lagi .memang siapa berani hendak masuk kehutan sana .namun hendak tak dia terpaksa juga melayan kerenah perutnya.




Spontan dia teringat ,di deretan rumah tok meon ada satu stesen minyak .disitu terdapat tandas awam .tidak jauh juga .lebih kurang 1 km dari rumah atoknya .lebih baik kesana dari kedalam hutan .terus dicapai basikal posto  atoknya dan mengayuh begitu laju ke stesen tersebut .meskipun laluan kesana tidak menyeramkan .namun roma tangan nya berdiri .jantung berdegup laju .kalau boleh isi jantungnya berlari ,pasti lebih laju dari kayuhannya .setibanya disana dia terus melepaskan basikal tersebut jatuh terbaring dan masuk ketandas .betul betul tidak tahan nampaknya . lama juga dia berurusan .selesai sahaja ,dia terus keluar .sambil tangan kanan nya membetul kan seluar .tangan kirinya mencapai basikal .dia beredar dari situ dengan gumbira .sambil menyanyi .



Kali ini di kayuh perlahan basikal itu .agaknya sudah lega .sempoi sudah .jantung nya tidak berdegup laju .roma tangannya tersusun lurus baring tidak berdiri lagi .




“Pussssssssssss”




Bunyi itu menghentikan nyayian aman .suasana hening semula ditambah dengan bunyian dari katak dan cengkerik .dia melajukan kayuhan .penat dikayuh ,tapi basikal itu tidak laju .kayuhan menjadi lebih berat .sepertinya ada yang menarik dari belakang .seram sejuk rahman dahinya mula berpeluh .roma dan jantung nya kembali aktif .dia teruskan kayuh walaupun perlahan .hatinya ingin memandang ke belakang namun takut kalau kalau apa yang dia nampak akan membuat kan jantungnya keluar dari organ nya berlari bertempiaran .satu lagi hal ingin mengejar organ itu nanti .sebagai lelaki dia berani kan diri juga menoleh kebelakang .





“ahh sial”









Tayar pancit .

No comments:

Post a Comment